Wednesday, 24 August 2011

Renungan Bersama...

Daripada Abu Hurairah r.a,daripada Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban(15 Sya’ban)dan berkata:
“Wahai Muhammad pada malam ini dibuka pintu langit dan pintu-pintu Rahmat,oleh itu bangunlah dan kerjakanlah solat serta angkatlah kepalamu dan dua tanganmu ke langit(ke atas)”
Baginda bertanya:
“Apakah ertinya malam ini??”
Jibril menjawab”
“Malam ini dibukakan 300 ratus pintu Rahmat dan pintu Keampunan.Allah mengampunkan dosa sekalian orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu kecuali ahli sihir,kahin(tukang tilik),orang yang suka bermusuhan,peminum arak,orang yang terus-menerus melakukan zina,pemakan harta riba,derhaka terhadap kedua Ibu Bapa,yang suka mengadu-adu dan yang memutuskan tali Silaturrahim.”Kesemua mereka itu tidak diampunkan Allah sehingga mereka bertaubat serta meninggalkan amalan-amalan yang salah itu.

Nabi S.A.W pun keluar kemudian mengerjakan solat.Baginda menangis ketika sujud,baginda berdoa maksudnya:
“Aku berlindung kepada-Mu ya Allah daripada siksaan dan kemurkaan-Mu.Aku tidak dapat menghitung pujian untuk-Mu sebagaimana Engkau memuji Zat-Mu sendiri.Segala puji untuk-Mu sehingga Engkau redha”(Zubdah al-Majalis)

Daripada Abdulah Bin Umar r.a daripada Nabi S.A.W sabdanya yang bermaksud:
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu do’a itu,iaitu malam Jumaat,malam 10 Muharram,malam Nisfu Sya’ban,malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha”

~>> SELAMAT BERAMAL <<~

No comments:

Post a Comment