Diatas kertas, berpenakan aku , dan kehidupan sebagai pengarang.
kisah seorang manusia yang meredah lautan cetek. kehidupan yang hanya bagiku satu mainan, tapi tiada istilah kalah tipis dan kalah bermaruah,kerana jika sekali aku kalah, aib aku dilihat semua penghuni yang sentiasa tidak lari dari memandangku. Diatas sana, mata-mata yang tidak berkelip melihat pergaulan aku dengan siapa? adakah aku menunaikan hak sebagai muslim?
aku tidak mahu dicatitkan keburukan aku sepanjang masa, tetapi biarlah malaikat tercari-cari dimanakah kesilapan aku?
“Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”. (QS :17 :62-64)
Aku mempunyai murobbi, dengannya aku dapat renung kembali masa silam.Dialah ammarah, pengubat kepada kemarahanku. erti guru ini membuatkan aku sentiasa bersabar dengan dugaan yang menimpa. Allah menurunkannya kepada aku, supaya aku dapat tarbiyah, dan aku belajar dari tarbiyah. walaupun satu ujian ini kau berikan kepada aku, aku percaya ia boleh membawa bencana besar, tetapi ia guru kepada yang ingin menjadi muridnya yang setia.
kau ibarat kolah yang mempunyai kelenjar, jika digoncang kau naik ibarat nafsu. jika ditenangkan kau setia disitu.
“Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cobaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi)
kini aku sudah meningkat dewasa, aku perlu lebih mengenali kematangan dari pelbagai pelusuk. tidak perlu mengikut hemah sendiri, tetapi mencari guru yang sentiasa dapat membimbing aku seadanya dan tidak lagi dengan pemikiran yang kolot. kematangan lebih kepada erti menyesali diri, tidak menuntut diri ini kepada keadaan sedemikian, tetapi cara melalui cara sedemikian. inilah aku panggil sebagai guru kepada kehidupan. Guru yang tidak pernah lelah memberi cabaran dan rintangan supaya kita belajar daripadanya.
melihatkan limitasi yang ada pada diriku, akulah insan yang paling lemah. ketika keadaan azali akulah yang terhebat. kini apa yang hebat aku pun tidak mengerti, apakah itu erti hebat dalam diriku. aku hanya berkunjung disini untuk menyampaikan pesan, kerana Allah sahaja yang mengetahuinya.
“Wanita itu bengkok seperti tulang rusuk, apabila kamu berusaha meluruskannya maka ia akan patah. Namun bila kamu membiarkannya tetap bengkok maka kamu hanya ingin bersenang-senang dalam kebengkokannya”
Hati yang lembut ikhas, bisikkan kepada jiwamu supaya sentiasa kental,
Kentallah kamu dari bisikan musuhmu
Bertuturlah jiwa diatas satu nama iaitu Allah
janganlah digaulkan dengan selain daripadaNya,
Gerak hatimu tidak selalu benar,
paksikanlah pada kiblat utama lagi nyata.
ya-Allah, ya-Latif.
No comments:
Post a Comment